100 Belia Dan Beliawanis Sertai My Gath PEMBINA Shah Alam

SHAH ALAM – Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Shah Alam dengan kerjasama Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam telah menganjurkan program ‘Muslim and Muslimah Youth Gathering (MY Gath).

Program yang berkonsepkan santai itu menerima kehadiran lebih 100 orang belia dan beliawanis dari seluruh IPT di Shah Alam, antaranya UiTM Shah Alam, UiTM Puncak Perdana Universiti Monash, Kolej Sunway serta peserta dari UPSI.

Pengisian ‘Ghazwul Fikr’ (serangan pemikiran) dibincangkan secara ilmiah dan dipandang serius dalam memahami perkara-perkara yang menyerang pemikiran umat Islam masa kini.

“Liberalisme dan isu kristianisasi adalah antara serangan pemikiran yang sangat bahaya bagi ummat Islam,” begitulah pesanan Ustaz Fahmi kepada semua peserta.

Program yang berlangsung sehari semalam ini turut diisi dengan program qiamulail bejemaah, aktiviti luar seperti ‘war game’, futsal dan ‘BBQ’.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *