Bakul Ramadhan Buat Yang Memerlukan

SHAH ALAM, 17 Ramadhan 1439H, Sabtu – Tahun ini merupakan tahun kedua program Bakul Ramadhan diadakan di Bait Al-Mawaddah, Seksyen 30, Shah Alam.

Program ini merupakan anjuran bersama Wanita Isma Shah Alam dan Masjid Al-Ikhlas Seksyen 13. Lapan orang wakil dari Isma Shah Alam bersama lajnah muslimat Masjid Al-Ikhlas meraikan seramai 41 orang penghuni Bait Al-Mawaddah bersama 16 orang staf.

Para hadirin turut disajikan sedikit pengisian rohani daripada Ustaz Ali Zaki, Ketua Biro Islamiyat Isma Shah Alam diikuti sesi penyerahan sumbangan bakul Ramadhan kepada para penghuni Bait Al-Mawaddah yang disampaikan oleh Ustaz Mohammad Rizal bin Sabran, YDP Isma Shah Alam merangkap Pengurus Masjid Al-Ikhlas Seksyen 13 Shah Alam.

Wanita Isma Shah Alam ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang bagi projek Bakul Ramadhan pada tahun ini. Semoga kita semua dilimpahkan rahmat, berkat usaha bantuan kita kepada meraka yang lebih memerlukan.

Kredit Foto : Ustaz Najid Jamal

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *