Biro Keluarga & Masyarakat ISMA (BKM)

Visi BKM ialah utk memimpin dan menjadi qudwah keluarga dan masyarakat. Bertemakan Moto “Keluarga Bahagia, Masyarakat Sejahtera, Pemangkin Ummah Beragenda”. Antara objektif BKM ialah untuk membentuk keluarga Islam dengan cara memastikan keluarganya menghormati fikrah dan perjuangannya. Menjaga adab-adab Islam dalam setiap bentuk kehidupan di rumah, baik dalam memilih pasangan, membantu pasangan dalam menunaikan hak dan kewajipannya, baik dalam mendidik anak-anak dan membantu rumah serta membesarkan mereka di atas prinsip-prinsip Islam.