Biro Komunikasi & Multimedia ISMA (BKOM)

Visi BKOM ialah untuk melakar pemikiran ummah dalam mendokong strategi dan seruan ISMA bagi mencapai matlamat tertinggi dakwah. Antara Objektif BKOM ialah untuk menjelaskan pendirian dan agenda Isma kepada masyarakat melalui kenyataan rasmi, perutusan dan lain-lain. Menyampaikan fikrah ISMA kepada masyarakat melalui sebarang media komunikasi samada bercetak, elektronik dan sosial untuk mencapai dakwah ISMA.