Gotong Royong Perdana Masjid Al-Ikhlas Seksyen 13

Assalamualaikum warahmatullahi Ta’ala wabarakatuh,

Bersempena dengan kehadiran bulan Ramadhan yang akan berkunjung tiba tidak lama lagi, Masjid Al-Ikhlas akan mengadakan acara Gotong Royong Perdana untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan 1439H.

Tarikh: 12 Mei 2018 (Sabtu)
Masa: 8:00AM
Tempat: Perkarangan Masjid Al-Ikhlas Seksyen 13 Shah Alam

Semua ahli qariah dan komuniti Seksyen 13 dijemput hadir. Boleh membawa peralatan gotong royong bagi memudahkan lagi perjalanan program.

🌮🍝 Sarapan disediakan oleh pihak masjid khas daripada katerer Kak Wan TTDI

Sebarang penglibatan dari pihak Tuan/Puan, kami dahulukan dengan lafaz Jazakumullahu Khairan Kathira.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *