Iktikaf Perdana ISMA Shah Alam 1439H

SHAH ALAM, 23 Ramadhan 1439H – Program iktikaf bersama Isma Shah Alam telah diadakan pada 8-10 Jun 2018 yang diadakan pada 10 malam terakhir Ramadan bagi merebut ganjaran berlipat ganda dari Allah SWT.

Sesi iktikaf dimulakan pada malam hari Jumaat selepas selesai solat terawih. Pelbagai program memfokuskan aktiviti kerohanian diadakan. Malamnya diisi dengan qiyamullail dan waktu siangnya diisi dengan sesi kuliah, pengisian, senam robik dan sesi tadarus Al-Quran.

Antara program pengisian yang diadakan adalah kuliah dhuha oleh Ustaz Ahmad Izzat, graduan syariah dari Universiti Al-Azhar, kelas tajwid Al-Quran oleh Ustaz Mohammad Rizal Sabran, Yang Dipertua Isma Shah Alam merangkap Imam Masjid Al-Ikhlas Seksyen 13 serta kuliah tafsir yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Rusdi Alias, pengasas Akademi Bahasa Arab HudHud, mengupas isi ayat ke-2 surah Al-Anfal.

Ustaz Rusdi mengajak semua hadirin terutamanya para da’ie untuk meningkatkan penguasaan bahasa Arab dalam usaha memahami & lebih menghayati makna al-Quran yang diturunkan oleh Allah ‘Azza Wajalla agar dapat diaplikasikan dalam kehidupan mukmin yang sejati.

Program iktikaf ini telah dilaksanakan di di Masjid Al-Ikhlas Seksyen 13, Shah Alam dengan kehadiran seramai 30 hingga 40 orang peserta.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *