Isma dekati masyarakat melalui Liga Komuniti Isma

SHAH ALAM, 13 Febuari – Komuniti setempat merupakan nadi perubahan kepada sebuah masyarakat.

Sedar akan kepentingan itu, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Shah Alam berganding bahu dengan Kelab Bolasepak Isma dan Pemuda Isma dalam menganjurkan Liga Komuniti Isma di Shah Alam.

Melalui kejohanan tersebut, Isma dapat mengenali komuniti setempat dengan rata-rata pasukan yang bersaing mewakili komuniti setempat seperti C17FC (Seksyen 17), SSSA (Seksyen 1) dan Alfalah FC T.S.M (Seksyen 25).

“Menerusi liga ini, Isma dapat berkenalan dengan belia (pemain bola sepak) yang merupakan subset kepada komuniti mereka. Interaksi ini membuka peluang untuk kami berbincang dan mengenali mereka dengan lebih dekat,” ujar Ustaz Muhammad Rizal Sabran, Yang Dipertua Isma Shah Alam.

Selain interaksi komuniti, secara tidak langsung Isma dapat menerapkan nilai islami dengan semua pemain beragama Islam perlu memakai pakaian menutup aurat.

Mohd Hazwan Ab Halim yang merupakan pengarah kejohanan turut menyatakan bahawa sukan menjadi pintu perubahan dalam membentuk belia yang beragenda.

Liga Komuniti Isma ini akan membuka tirai pada 24 Februari dan di jangka tamat pada penghujung Mei dengan juara dan naib juara layak ke kelayakan akhir Selangor Champions League.

FB Liga Komuniti ISMA facebook.com/ligakomunitiisma
FB Kelab Bolasepak Isma Shah Alam facebook.com/kbismashahalam

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *