Kelab Remaja ISMA (KRIM)

Kelab Remaja ISMA (KRIM) tampil di tengah-tengah masyarakat untuk memandu, menggilap dan mengembangkan segala aspek potensi dan bakat yang ada dalam diri remaja. Penglibatan sepenuhnya dalam KRIM mampu menghindarkan para remaja daripada sikap membuang masa dan seterusnya terjebak dalam kancah permasalahan sosial. Ini memenuhi aspirasi ibubapa dan masyarakat yang mahu melihat pembentukan sebuah generasi remaja yang cemerlang, berpegang teguh pada nilai-nilai agama, hidup berteraskan ilmu dan mampu berdikari. Inisiatif Isma menangani isu remaja dengan pelbagai program pembangunan diri melalui KRIM semakin mendapat sambutan hebat di seluruh pelusuk negara kerana ia sememangnya perkara yang amat dinanti-nantikan oleh ibu bapa.


FB Kelab Remaja ISMA facebook.com/kelabremajaisma
FB KRIM Shah Alam facebook.com/krimshahalam