Kenyataan Rasmi YDP ISMA Shah Alam sempena keputusan PRU 14

ISMA SHAH ALAM ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri ke-7, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan atas kejayaan dalam PRU ke 14 ini sehingga berjaya membentuk kerajaan persekutuan.

ISMA SHAH ALAM juga turut mengucapkan tahniah atas kejayaan PAS yang mampu mempertahankan kerajaan negeri Kelantan dan menguasai negeri Terengganu.

Semoga semua wakil-wakil rakyat dan ahli parlimen yang telah diberikan amanah pentadbiran ini dapat melaksanakan tugas yang dipikul dengan penuh amanah berlandaskan perintah Allah s.w.t dan sunnah yang ditunjuki RasulNya. Kami amat berharap, agenda Umat Islam dipelihara dan dimartabatkan sebaiknya.

Sebagai rakyat dan sebuah NGO Islam sederhana, kami akur dengan keputusan dan ketentuan ini, dan akan terus menjalankan tugas amar makruf nahi mungkar demi agama, bangsa dan negara.

SALAM PERJUANGAN
Ustaz Mohammad Rizal bin Sabran
YDP ISMA Shah Alam

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *