Majlis Iftar ISMA Shah Alam & Masjid Al-Ikhlas Meriah

SHAH ALAM, 17 Ramadhan 1439H, Sabtu – Majlis iftar anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Shah Alam bersama Masjid Al-Ikhlas Seksyen 13 ini dihadiri oleh ahli Isma Shah Alam bersama jawatankuasa masjid, beberapa kumpulan asnaf, fakir miskin dan pelajar-pelajar tahfiz serta penduduk setempat. Khemah dan meja makan dipasang di perkarangan masjid yang mampu memuatkan seramai 1,300 orang peserta.

Sepanjang hari tersebut, pelbagai acara turut diadakan bagi meraikan sambutan Nuzul Al-Quran dan mengimarahkan bulan Ramadhan pada hujung minggu di Masjid Al-Ikhlas, dimulai program awal pagi iaitu Daurah Tajwid Al-Quran, Majlis Bacaan Al-Quran selepas Zuhur, diikuti Seminar Keluarga Mukmin anjuran Isma Shah Alam, Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM) & Kelab Anak-anak Hebat (Nazim), disusuli Majlis Ramah Mesra & Berbuka Puasa pada penghujung hari.

Dengan kehadiran jemputan yang memberangsangkan, Isma Shah Alam dan Masjid Al-Ikhlas Seksyen 13 merakamkan sekalung penghargaan buat semua pihak serta individu-individu yang telah bertungkus-lumus dalam merealisasikan majlis ramah mesra dan iftar kali ini. Tidak lupa kepada para penyumbang yang bermurah hati memberikan sejumlah tajaan seperti baju raya besertaa hamper & duit raya tajaan Muslimat Laman Seri dan juga pihak yang menyumbang melalui projek Bakul Ramadhan. Semoga Allah memberkati segala usaha dan amal jariah ini.

Majlis diteruskan dengan solat Maghrib dan Isya’ berjemaah dan solat sunat terawih.

Kredit foto : Mohd Hamdan Mohd Sharif & FB Masjid Al-Ikhlas

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *