Mendamba Khusyuk dalam Solat – Usrah Wanita

Khusyuk merupakan jiwa dan hati dalam solat.
Khusyuk dalam solat dapat menenangkan jiwa dan peroleh keberkatan hidup

Solat memerlukan kepada kekhusyukan. Jika tidak, kita hanya mendapat keletihan.

Hakikat Khusyuk

1. Khusyuk hati – sentiasa merasa diawasi oleh Allah.
2. Khusyuk anggota – merupakan pelengkap dan manisfestasi kepada khusyuk hati.

Kaedah Mendapatkan Khusyuk

1. At-tafahum – berusaha memahami dan menghayati maksud dalam solat

2. At-takzim – Merasa akan kebesaran Allah. Sebagai hamba-Nya merasakan diri makhluk yang paling hina dihadapan-Nya

3. Al-haibah – Menghadirkan rasa gerun kepada Allah.Rasa takut akan azab dari-Nya atas dosa-dosa kita

4. Ar-raja’ – Mengharap rahmat dari Allah swt

5. Al-haya’ – Berasa malu kepada Allah swt

Abu Hurairah pernah bertanya kepada Rasulullah SAW bagaimana caranya malu kepada Allah itu? Lalu Rasulullah SAW menjawab,
“Kamu berasa malu denganNya, sebagaimana kamu berasa malu dengan lelaki yang soleh dalam kalangan kamu.”

Apabila berhadapan dengan orang yang lebih alim dan soleh, kita selalunya lebih mudah berasa malu untuk melakukan perkara-perkara mungkar. Di hadapan ustaz kita, bolehkah kita bermesra dan bergurau senda dengan yang bukan muhrim? Atau di hadapan ustazah, bolehkah kita membuka aurat sesuka hati? Apabila bersama dengan kawan-kawan yang soleh, mudahkah kita melewat-lewatkan solat?

Inilah yang dikatakan malu pada orang soleh. Kita malu untuk jadi diri sendiri yang terbiasa dengan dosa dan kekurangan. Kita malu untuk berkelakuan kurang sopan dan melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan syariat Islam. Inilah asas kita untuk membentuk sifat malu pada Allah SWT.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *