Palestin , Taman Syurga yang Terpenjara

Oleh,
Aliyatul Farida bt. Abu Bashri
Media Wanita ISMA Shah Alam

SHAH ALAM, 21 April 2018, Sabtu – Buat julung kalinya Wanita Isma Shah Alam dan Aman Palestin bekerjasama dengan Surau Al-Ikhlas, Pangsapuri Tun Teja dalam penganjuran ceramah khas sempena Israk dan Mikraj. “Palestin , Taman Syurga yang Terpenjara” telah disampaikan oleh penceramah khas dari Aman Palestin, Puan Hashimah Salleh.

“Palestin bumi barakah lagi diberkati. Perjuangan penduduk Palestin tidak pernah luntur dalam diri mereka walaupun ditimpa penindasan yang tiada penghujung,” ujar beliau.

Beliau yang juga merupakan ahli Lembaga Pengarah Aman Palestin menyeru supaya kita memainkan peranan membantu saudara kita di Palestin walaupun hanya sekadar doa.

Ceramah khas ini telah dihadiri lebih daripada 65 orang penduduk Pangsapuri Tun Teja. Aktiviti rewang oleh muslimat surau ini turut dijalankan pada sebelah siang dengan menyediakan juadah nasi tomato untuk dihidangkan pada malam hari selepas ceramah tersebut. Jutaan terima kasih kepada ahli Surau Al-Ikhlas serta penduduk di Pangsapuri Tun Teja yang bersama-sama menjayakan ceramah khas ini dan diharap dapat diteruskan lagi di masa akan datang.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *