PEMBINA

Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) ditubuhkan pada September 2006, berdaftar dengan Pendaftar Persatuan Belia di bawah Kementerian Belia dan Sukan. PEMBINA telah mempunyai 23 cawangan yang aktif di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Matlamat utama penubuhan PEMBINA adalah untuk penggemblengan tenaga golongan belia Islam Malaysia secara positif demi kemakmuran negara, melalui usaha berterusan dalam membangun sahsiah dan jatidiri belia, serta gerak kerja kemasyarakatan yang mesra, bersepadu dan tersusun. Sejak penubuhannya, PEMBINA secara aktif terlibat dengan aktivisme belia, khususnya di kalangan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta.


FB PEMBINA facebook.com/PembinaMalaysia
FB PEMBINA Shah Alam facebook.com/pembinasalam
FB PEMBINA UiTM Shah Alam facebook.com/PembinaUitmShahAlam
FB PEMBINA MSU facebook.com/pembinamsu