Pemuda ISMA


PEMUDA
merupakan sayap pemuda di dalam ISMA. Visi Pemuda Isma ialah untuk memimpin pemuda menegakkan tamadun Islam di malaysia. Nilai teras Pemuda Isma ialah Berani, Bebas & profesonal. Nilai teras diterjemahkan melalui logo berbentuk mata harimau. Ia merupakan simbol kehebatan karakter dan kesempurnaan prestasi yang menjadi aspirasi Pemuda Isma.

Antara rancangan strategik Pemuda ialah meledak potensi golongan belia melalui aktiviti persatuan dan kesukarelawan. Menjuarai isu berkaitan belia, kecergasan, kesedaran sivik & ekonomi belia selari dengan aspirasi Islam. Dan juga membangun tokoh belia & pemimpin masa depan negara.


FB PEMUDA ISMA facebook.com/pemudaISMA
FB PEMUDA ISMA Shah Alam facebook.com/PemudaShahAlam