Quran Sana Sini Semai Tabiat Baca Quran di Mana-mana

SHAH ALAM, 17 Ramadhan 1439H, Sabtu – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Shah Alam dengan kerjasama portal Indahnya Islam telah menjalankan kempen Quran Sana Sini sebagai satu usaha menyemarakkan budaya membaca al-Quran di mana-mana.

Dengan kempen ini, diharapkan agar masyarakat tidak lagi berasa janggal untuk membaca al-Quran di mana sahaja mereka berada. Flyers kempen mengenai fadhilat membaca Al-Quran juga diedarkan di sekitar perkarangan Masjid Al-Ikhlas Seksyen 13 ketika para jemaah sedang menunggu waktu berbuka puasa.

Program ini dianjurkan di seluruh pelusuk Malaysia buat tahun kedua bersempena dengan sambutan Nuzul Al-Quran bagi tahun 1439H. Semoga Al-Quran menjadi pendamping hidup kita walau di mana pun kita berada.

Kredit Foto – Khubaib Nazri

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *