Wahai Umatku

Wahai umatku,
Dulu kita mulia di negeri ini,
Kita takkan lupa,
Sejarah kita kebenaran yang kekal,

Kita adalah kaum yang berpegang kepada hak,
Bumi ini tanah air kita,
Ia akan kekal begitu,
Kita tidak terima pertikaian,

Kita adalah bangsa yang sensitif dengan maruah,
Kita terdidik dengan perjuangan,
Pesanan datuk-nenek kita pikul di atas,
Bersumpah dengan darah,
Akan kita pertahankan bumi kita
dan tidak akan mensia-siakanya,

Di atas bahu kita pikul kemegahan lalu,
Di atas batujemala ini kita junjung kemuliaan dan kemegahan,
Kita tidak tertipu ketika manusia mendakwa kezaliman itu keadilan,
Melampaulah sesiapa yang mengatakan pengkhianatan itu setia,

Hak kita adalah suci, maka jangan kamu cuba permainkan,
Kita akan kekal bebas, merdeka kehendak dan iradah,
Kitalah pembela watan, yang setia berkorban.

Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman