Ziarah Mahabbah ke pejabat PERTIM

Oleh,
Nor Raihan Izzati bt. Che Zahir

SHAH ALAM, 27 April – ISMA dan Wanita ISMA Shah Alam telah mengadakan Ziarah Mahabbah ke pejabat PERTIM, Putra Heights.

Ziarah Mahabbah ke pejabat Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM) ini disambut mesra oleh Puan Hajjah Siti Ruzita selaku setiausaha PERTIM dan AJK induk.

Ziarah Mahabbah selama dua jam ini bertujuan menjalinkan hubungan dua hala dan kerjasama strategik bersama pihak PERTIM.

Majlis dimulai dengan sesi pengenalan kedua-dua pihak. ISMA Shah Alam diwakili oleh 5 orang AJK Tertinggi, manakala PERTIM diwakili oleh seramai 7 orang AJK Induk PERTIM diketuai oleh Puan Hajjah Zaharah Awang yang merupakan naib presiden PERTIM.

Perbincangan berkisar aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh kedua-dua pihak dan perbincangan untuk mensinergikan aktiviti yang bakal dilaksanakan pada tahun ini dan pada tahun akan datang, antaranya Konvensyen Wanita Islam Nasional (KONWANIS) , Simulasi Haji Cilik serta program-program yang bersesuaian untuk masyarakat Islam khususnya para ibubapa, guru, anak-anak serta pengusaha tadika.

Perbincangan diteruskan lagi dengan perkongsian pandangan tentang isu-isu semasa dan perkara yang perlu dilaksanakan bagi memartabatkan Islam di Malaysia berdasarkan capaian dan kapasiti pertubuhan masing-masing.

Pihak jawatankuasa ISMA dan Wanita ISMA Shah Alam sangat berbesar hati membuat kunjungan ini dan kedua-dua pihak mencapai kata sepakat untuk perlaksanaan kerjasama secara berterusan.

Majlis ditamatkan dengan sesi penyampaian cenderahati dari ISMA serta jamuan ringan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *