4 TIPS WANITA BEKERJA, BERKELUARGA SAMBIL BELAJAR

Ammar, 8 tahun merupakan cahayamata kedua yang lahir ketika semester pertama pengajian Masters. Izzah, 6 tahun pula merupakan cahaya mata ketiga dan lahir ketika semester pertama PhD. Coretan ini merupakan beberapa perkongsian tips atau refleksi sepanjang pengalaman belajar ketika bekerja dan berkeluarga.

1. Tidak salah untuk anda mengaku anda bukan supermom
Pernah sekali di awal pengajian phd, saya memaklumkan pada suami bahawa saya akan menjaga anak-anak kecil di rumah sambil menyambung pengajian PhD. Kebetulan saya baru berhenti kerja dan mendapat tawaran pensyarah pelatih di satu universiti awam. Jadi semangat untuk menjadi seorang ibu mithali sangat menebal untuk menjaga dua orang anak kecil di rumah dan hanya hantar anak ke taska sekiranya perlu melakukan kajian di luar rumah sekali sekala. Namun pilihan ini telah menyebabkan saya hanya boleh melakukan kerja research pada waktu malam-malam buta kerana sibuk menjaga anak pada siang hari. Melihat keadaan ini, suami bertegas untuk menghantar anak2 kecil ke taska pada siang hari. Tindakan ini telah membantu melonjakkan usaha awal penyelidikan saya. Jadi bukanlah suatu kesalahan untuk ibu mengaku bahawa anda bukan supermom dan perlukan sokongan. 

2. Pastikan ada sudut belajar di rumah
Ini penting dan pastikan meja selalu kemas agar bersemangat untuk belajar. Lengkapkan dengan kelengkapan seperti laser printer agar anda boleh menyambung kerja di rumah sekiranya anak2 sakit dan tidak dapat melakukan kerja penyelidikan di makmal.

3.Kenalpasti waktu anda bekerja dengan paling efisyen 
Setiap orang berbeza waktu efisyen mereka bekerja. Bagi saya, biasanya sebelah tghari sehingga petang (11am-330pm)-kerana di waktu pagi perlu sikit masa untuk warm up. Selain itu pada waktu malam selepas anak2 tidur juga waktu yg sangat efisyen untuk menulis thesis. Lakukan kerja2 rumah pada waktu2 yg anda tidak efisyen belajar seperti memasak, melipat baju dan mengemas agar anda free untuk belajar pada waktu otak anda efisyen berfikir. Sekiranya perlu mematuhi deadline dan perlu stay up, rancang agar anda tidak mengantuk untuk urus makan pagi keluarga dan penghantaran anak ke sekolah kerana memandu ketika mengantuk sangat berbahaya.

4. Laburlah pada smartfon canggih
Ketika saya mendapat tahu saya akan bersalin pada semester pertama PhD, saya telah mencari telefon yang berkuasa tinggi dan skrin besar agar boleh membuat pembacaan artikel di mana2 sahaja seperti ketika barang, duduk, dalam kereta agar waktu free digunakan sebaiknya. Smartfon berkenaan telah membantu saya membaca banyak artikel sambil menyusu baby atas katil . Maka perjalanan penyelidikan masih tetap boleh diteruskan ketika mengurus baby.

Dr Raja Rina binti Raja Ikram
Aktivis Wanita ISMA Alor Gajah

Sumber: FB Isma Alor Gajah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *