Air Mata Dunia Memberi Kesedaran buat Mahasiswa

SHAH ALAM, 28 Sep – “Forum ini telah membuka minda saya terhadap pentingnya mengetahui isu Palestin,” ujar Ahmad bin Saiful.

Beliau juga mengatakan bahawa dengan kesedaran itulah mahasiswa harus bersiap siaga dengan ilmu dan pengukuhan jati diri muslim agar lebih bersedia menghadapi ancaman luar yang meragut iman dan melemahkan kesatuan umat Islam dalam menentang jahiliyah.

“Kita haruslah mencontohi usaha gigih mereka mempertahankan Palestin daripada dirampas oleh Zionist dengan berusaha bersungguh-sungguh menuntut ilmu dan menjadi umat Islam yang kuat jati diri,” tambah beliau lagi.

Forum bertajuk Air Mata Dunia telah diadakan oleh Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) UiTM Shah Alam.

Seramai 210 orang dalam kalangan mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dan Management and Science University (MSU) telah menghadiri forum ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *