Along sudah solat?

SHAH ALAM, 30 Mac, Ahad – Pembentukan akidah dalam diri anak-anak boleh di bentuk dengan beberapa perubahan rutin oleh kita sebagai ibu bapa. Bertanyakan anak tentang kefarduan solat sebelum beralih kepada soal makan minum dan pelajaran saat menyambut mereka pulang daripada sekolah antara yang boleh di lakukan oleh ibu bapa.

“Jadikan solat sebagai agenda penting di rumah kita. Pastikan tiang agama ini di dirikan oleh setiap ahli keluarga terutama anak-anak dengan sempurna. Selepas itu didiklah mereka dengan sifat-sifat dan nama-nama Allah agar mereka sedar akan kebesaran dan keagungan Allah SWT”, pesan Dr Hisyam Sharif, pensyarah Universiti Utara Malaysia.

Menurut Puan Zaharah binti Johari, pengasas Tadika Tunas Bestari, “Anak-anak melihat apa yang ibu bapa buat lebih daripada apa yang ibu bapa ucapkan. Jadi untuk membentuk akidah yang sejahtera dalam diri anak-anak, ibu bapa sendiri perlu menjadi contoh tauladan.”

Beliau turut mengingatkan ibu bapa, anak-anak perlu di bimbing dengan sebaiknya untuk mengenal Allah SWT, dan tiada magis yang anak-anak kenal dengan sendiri.

Kedua-dua pakar dalam bidang masing-masing ini hadir sebagai ahli panel dalam sesi bual bicara “Ada Syurga di rumah kita” sempena Karnival Anak-anak Hebat di Dewan Karangkraf Shah Alam.

Dalam sesi menutup, Datin Dr Norzaimeen Abd Kadir menegaskan bahawa kita tidak mahu anak-anak generasi masa hadapan di catur-catur oleh musuh dengan acuan liberal, kita yang perlu bijak mencatur mereka mengikut agenda Islam. Tambah beliau, “Kita sebagai ibu bapa akan di hisab di hadapan Allah atas kanvas putih yang kita corak pada anak-anak kita.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *