Falahians FC dan ALFC berpesta gol

SHAH ALAM, 27 Julai, Sabtu – Tuah nyata berpihak kepada pasukan Falahians FC(TSFC) dan ALFC apabila selesa menewaskan lawan masing-masing Tarbiyah Sentap FC (TSFC) dan Klang Kaigelz (KK) dengan jaringan besar 4-1 dan 5-1 dalam aksi semalam.

TSFC terlebih dahulu membuka jaringan menerusi penyerang prolifik mereka Adnin namun FFC ternyata lebih cemerlang apabila bangkit dengan empat jaringan menerusi Amiruddin, Pirakash, Haffiz dan Kamal untuk membolehkan FFC memimpin carta liga.

Dalam satu lagi perlawanan, turun dalam aksi pertama liga, ALFC garang membelasah barisan pemain muda KK apabila mudah membenam cabaran mereka menerusi hatrik Lazim di ikuti masing-masing satu gol oleh Yoe dan Muslim. Jaringan saguhati KK di jaringkan oleh Sarawanan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *