Imej bukan sekadar fesyen

SHAH ALAM, 14 APRIL 2019, AHAD – “Islam datang untuk memuliakan wanita dengan adanya kewajipan menutup aurat. Syariat penutupan aurat ini juga menghindarkan wanita daripada fitnah dan gangguan jahat”, kata Ustazah Wirdaningsih, Ketua Wanita Isma Shah Alam.

Ustazah Wirdaningsih

“Muslimah boleh bersolek mahupun berhias tapi perlulah bersederhana supaya kita wanita tidak dilihat tabaruj yang mungkin boleh menaikkan syahwat pada yang melihatnya. Islam sangat mengalakkan seorang isteri berhias untuk suami,” tambah beliau.

Menurut Dr. Nadiah Norudin, perunding imej professional, imej bukan sahaja pada pemakaian bahkan ianya melibatkan perwatakan, percakapan dan tingkahlaku. “Islam itu syumul (lengkap), terdapat garis panduan kepada penganutnya termasuk dalam berpakaian serta berhias,” ujarnya.

Dr Nadiah Norudin

Selain Dr. Nadiah dan Ustazah Wirdaningsih, forum semasa program santai “Secangkir Teh, Seuntai Kasih” di Butik Rina Salleh Clothing turut menampilkan pengasasnya, Puan Rina Salleh sebagai panelis.

Puan Rina Salleh

“Jika prinsip hidup kita yang menjaga aurat, janganlah kita menjual baju yang tidak syar’i, seolah kita mengajak pelanggan untuk melonggarkan prinsip seorang muslimah,” katanya. “Seharusnya mereka yang menjalankan perniagaan fesyen muslimah menghasilkan fesyen yang patuh syariat kerana rezeki itu datang daripada Allah,”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *