Isma mahu peranan ibu bapa dan institusi keluarga diperkukuh!

Biro Dakwah Isma Shah Alam melahirkan rasa kecewa terhadap apa yang berlaku terhadap seorang anak kecil baru-baru ini.

Seorang lelaki tua berpangkat datuk yang semestinya berperanan sebagai wali kepada anak dan cucu tergamak melakukan perbuatan merogol bayi tersebut.

Bapa atau datuk sepatutnya memainkan peranan dalam mendidik serta melindungi hak anak-anak kerana ianya merupakan amanah daripada Allah SWT. Perkara ini dikukuhkan lagi melalui firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 11.

Rasulullah juga ada menjelaskan dalam sebuah hadith riwayat Bukhari dan Muslim yang mafhumnya; tidak akan masuk syurga pemimpin yang tidak menjaga orang-orang di bawah kepimpinannya.

Semestinya anak-anak terletak di bawah tanggungjawab para wali mereka.

Biro Dakwah Isma Shah Alam sekali lagi menyeru para ibu bapa memainkan peranan masing-masing dalam mendidik anak-anak seterusnya memperkukuh institusi kekeluargaan tersebut.

Ketahuilah baik atau solehnya seorang anak itu bermula dari didikan ibu bapa mereka di rumah, dan begitu jugalah sebaliknya.


SHAH ALAM – Polis menahan seorang warga emas selepas disyaki merogol seorang bayi perempuan berusia 11 bulan yang sedang diasuh oleh menantunya dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Seksyen 24 di sini baru-baru ini.

Suspek berusia 68 tahun tersebut diberkas ketika dia datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk memberi keterangan pada pukul 1 petang Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata, kejadian itu disedari oleh ibu mangsa yang mendapati anak bongsu daripada dua beradik itu mengalami berak berdarah selepas mengambil mangsa pada pukul 6.15 petang Isnin lalu.

Katanya, cemas de­ngan keadaan itu, wa­nita berusia 26 tahun tersebut segera menghubungi suaminya bagi memaklumkan perkara berkenaan.

http://www.kosmo.com.my/negara/datuk-rogol-bayi-jiran-1.735850

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *