Isma Shah Alam didik ahli bijak urus wang

Oleh Ammar Ahmad Raji

SHAH ALAM, 23 Dis – “Sikap kita terhadap duit perlu diubah. Duit adalah amanah maka setiap sen yang kita belanjakan akan disoal di akhirat kelak.

“Terap dalam diri apabila teringat kaya, ingat pada sahabat-sahabat nabi yang kaya raya seperti Uthman Affan dan Abd Rahman Auf. Ikhwah mesti ada minda mesti jadi kaya!,” kata Zul Alwi Mat Adam, Timbalan Ketua Pemuda Isma yang menjadi penceramah jemputan dalam program Ijtima’ Am Isma Shah Alam di pejabat Isma Shah Alam baru-baru ini.

Zul Alwi yang menyampaikan tajuk berkaitan dengan pengurusan kewangan itu juga menambah bahawa 80% dalam pengurusan kewangan ini berkait dengan emosi. Mengawal emosi menjadi kunci utama kepada pengurusan kewangan yang cemerlang.

Di samping itu, Alwi turut berkongsi tip-tip bagaimana menjadi seorang yang bijak mengurus wang serta bebas dari hutang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *