Isma Shah Alam, Yayasan Ikhlas dan Masjid Al-Ikhlas beri sumbangan kepada 150 asnaf

Oleh Ammar Ahmad Raji

JERAM, 5 Julai – Sejumlah 150 orang asnaf faqir dan miskin sekitar kawasan Kg Jeram, Kg Sg Sembilang, Kg Tambak Jawa dan Kg Sg Buloh telah menerima bantuan sumbangan berupa wang tunai dan juga barangan keperluan dapur.

Sumbangan dari pihak Isma, Yayasan Ikhlas dan juga Masjid Al-Ikhlas Seksyen 13 Shah Alam itu telah disampaikan oleh Ust Hj Mohamad Rizal bin Sabran, Pengurus Masjid Al-Ikhlas merangkap YDP Isma Shah Alam. Turut hadir, wakil dari Yayasan Ikhlas dan ahli-ahli Isma Shah Alam.

Ustaz Rizal dalam ucapannya menyebut beliau merasa bersyukur kerana dapat menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim dalam membantu saudara seagama yang susah. Beliau turut bersyukur kerana sumbangan ini dapat disalurkan dalam bulan Ramadan ini di mana ganjaran bersedakah di bulan ini yang amat besar.

Majlis penyampaian sumbangan itu telah diadakan di dua lokasi berbeza iaitu di Pusat Pengajian Desa Taqwa Batu 18 ½ dan juga di Maahad Tahfiz Al-Husni Batu 20 ½. Para asnaf faqir dan miskin amat berbesar hati kerana ada pihak yang prihatin dengan nasib mereka di sini.

Selain daripada itu, wakil dari rombongan turut membantu asnaf untuk menghantar barangan keperluan dapur ke rumah asnaf yang memerlukan akibat faktor usia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *