Isma Shah Alam ziarah Isma Melaka, eratkan ukhuwah

MELAKA, 27 Ogos – Ahli Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Shah Alam, Klang dan USJ melakukan ziarah ke Isma Cawangan Melaka.

Bermula pada ahad pagi yang lepas, mereka mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan di padang bola Taman Merdeka.

Sejurus selepas perlawanan mereka telah bergotong-royong membersihkan Masjid An-Najihin, Taman Merdeka.

Pihak masjid gembira dengan kehadiran anak-anak muda ini yang sudi meluangkan masa dan tenaga di hari minggu untuk berbakti pada masyarakat setempat.

yang di-Pertua YDP Isma Melaka, Ir. Hj. Mohd Khoushaini Mohd Naim dalam ucapan sempena lawatan tersebut telah menasihatkan anak-anak muda agar mempunyai perancangan kehidupan 10 tahun ke hadapan.

“Inilah kunci kepada kejayaan apabila kita merancang, meletakkan sasaran dan bersungguh-sungguh berusaha melaksanakannya,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *