KB Isma Selangor sekadar seri dengan Real Maya

KEPONG, 14 Januari – KB Isma Selangor sekadar seri 1-1 berdepan pendahulu liga Real Maya dalam saingan Liga Perdana Sosial Selangor (SSPL), sebentar tadi.

Keputusan itu memberi kelebihan kepada Muatiara Gombak yang akan turun bermain menentang Desa FC pada perlawanan sebelah petangdalam perebutan takhta liga.

KB Isma jelas bergelut menentang pasukan yang dibarisi pemain berpengalaman dengan Real Maya mencipta lebih banyak peluang bagi menjaringkan gol pada babak pertama.

KB Isma yang kehilangan ramai pemain menyerang sebelum aksi menentang Real Maya itu menunjukkan peningkatan selepas pengurus, Mohd Hazwan menggantikan Fareez dan Amal dengan Rafsham dan Adib pada minit ke-30.

Hasil satu serangan balas pada babak kedua, kesilapan pertahanan tengah Real Maya membolehkan Lukhman mencuri bola sebelum melarikan bola untuk menewaskan penjaga gol Real Maya pada minit ke 58.

Bagaimanapun, Real Maya berjaya mengikat KB Isma untuk berkongsi satu mata menerusi situasi bola mati 10 minit sebelum perlawanan di tamatkan sekali gus menyaksikan KB Isma kini mengumpul 13 mata, untuk berada di tangga ketiga liga.

Kedudukan empat pasukan teratas bakal berubah apabila keputusan penuh semua pasukan di ketahui lewat petang nanti apabila keenam-enam perlawanan minggu ke tujuh tamat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *