Keluarga bahagia asas pembentukan umat beragenda.

Shah Alam, 10 Mac 2019 – Ibarat pepatah, rosak wanita tumbanglah Negara, lahirnya umat yang beragenda dan mempunyai jati diri bermula dengan pembentukan keluarga bahagia. Selain kefahaman yang kukuh tentang Islam, kemahiran asas rumahtangga menjadi kunci penting pembentukan keluarga yang bahagia.

Bertemakan “Kerana Aku Isteri Dia (KAID)”, satu program anjuran Biro Wanita Isma Shah Alam dengan kerjasama Biro Wanita Isma Subang Jaya telah berlangsung bagi memperkasa kemahiran asas pengurusan rumah tangga di kalangan ahli-ahli wanita Isma.

“Perasaan ego dan keras kepala jika ada dalam diri isteri atau suami andai tidak di kawal dan di urus dengan baik boleh menghancurkan rumah tangga aktivitis dakwah,” ujar Puan Hajjah Norhashimah Salleh semasa slot Bahasa Cinta.

“Suami isteri perlu bertolak ansur dalam pengurusan rumah tangga terutama dalam pendidikan anak-anak. Tambahan kebanyakan suami isteri kedua-duanya mempunyai kerjaya,” tambah beliau lagi.

Peserta turut bertuah kerana dapat mempelajari beberapa teknik asas jahitan dan sesi praktikal urutan kepala dan kaki yang berkesan semasa program tersebut.

Selari dengan aspirasi Wanita ISMA “Perjuangan Bermula dari Rumah”, para peserta di ingatkan oleh Ketua Wanita Isma Shah Alam Ustazah Wirdaningsih dalam ucapan penutup beliau agar sentiasa mengutamakan pengurusan rumah tangga walaupun sibuk dengan urusan-urusan lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *