Kembara kenali Shah Alam

SHAH ALAM, 9 Sep – Seramai dua puluh orang peserta dari pelbagai jurusan tahun pertama Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam telah dibawa berjalan ke sekitar Shah Alam oleh Persatuan Belia Islam Nasional  (PEMBINA) cawangan Shah Alam.

Haikal Anwar yang merupakan ahli jawatankuasa PEMBINA cawangan Shah Alam menyatakan bahawa program ini diadakan untuk memperkenalkan bandar Shah Alam kepada pelajar yang baru mendaftarkan diri sebagai mahasiswa di UiTM Shah Alam.

“Program ini kami laksanakan supaya pelajar baharu ini maklum tentang tempat terbaik untuk mahasiswa UiTM Shah Alam pergi untuk menghadapi kehidupan sebagai mahasiswa,” ujar beliau.

“Di samping berjalan sekitar Shah Alam, terdapat beberapa aktiviti yang kami telah jalankan untuk merapatkan ukhuwah,” tambah beliau.

Menurut beliau, hubungan ukhuwah yang rapat antara mahasiswa baharu dan mahasiswa senior amat penting untuk mengharungi kehidupan universiti seterusnya mencapai kecemerlangan dalam akademik dan sahsiah di menara gading.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *