Kenapa Para Daie Masih Lesu?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang, sesungguhnya satu nikmat besar dalam diri saya sendiri adalah mendapat nikmat iman dan islam. Sungguh nikmat ini merupakan hadiah daripada Allah yang perlu kita syukuri dengan melakukan sunnah baginda Rasulullah SAW terbesar, iaitu dakwah.

Persatuan Belia Islam Nasional atau lebih dikenali sebagai PEMBINA merupakan antara platform dakwah yang thiqah dan bertaraf profesional didaftarkan dibawah ROY sejak tahun 2009.
Saya bersyukur kerana PEMBINA telah menyediakan pelbagai pakej-pakej menarik untuk belia dengan meletakkan minat mereka sebagai jalan dakwah untuk mendapatkan saham dunia dan akhirat.

Namun hampir sedekad PEMBINA melebarkan sayap dakwahnya di BUMI SHAH ALAM, maka ia sepatutnya menandakan bahawa PEMBINA SHAH ALAM sudah pun matang dan jelas dengan hala tuju dakwah dan tarbiah.
Sebenarnya, tidak ada satu alasan untuk pengerak PEMBINA untuk terus lesu atau futur di atas jalan dakwah dan tarbiah ini melainkan ia dihanyut dengan bisikan dan keasyikan dunia. Cintakan dunia merupakan punca utama mengapa para duat menjadi lesu untuk berdakwah dan membiarkan diri dilayan nafsu yang fana.

Bangun dan bangkitlah wahai para daie, dunia ini hanyalah persinggahan kerana akhirat itulah tempat istirehat yang kekal abadi.

Ingatlah pesan ini wahai para daie,
Dunia semakin sakit,
Umat semakin tenat,
Siapa lagi yang hendak selamatkan umat?
Melainkan mereka memahami Al-Quran yang tersurat dan tersirat.

Wahai para daie akhir zaman,
Kita diambang dunia akhir zaman,
Tidak mahukah kita menjadi umat yang disebut oleh Nabi Muhammad?
Atau kita hanya mahu menjadi umat yang hanya melihat kemenangan tanpa satu sumbangan?

Kenapa kita masih buta?
Al-Quran di depan Mata,
Tafsir dihujung jari,
Asatizah dan Qudama sentiasa di sisi,
Kenapa masih dibuai mimpi?
Kerana tidak yakin akan janji Illahi?

Mohd Khairil Alias
Pengerusi PEMBINA Cawangan SHAH ALAM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *