KLS 2018 Shah Alam-Subang Meriah

SUBANG JAYA, 21 Januari – Karnival Lepasan Sekolah (KLS) 2018 bagi Cawangan Shah Alam dan Subang Jaya yang berlangsung 21 Januari 2018 selesai melabuhkan tirai tepat jam 6.00 petang.

Program tersebut bermula tepat jam 9.00 pagi dirasmikan oleh Tuan Haji Ghazali selaku Mantan Tuan PPD Daerah Petaling Perdana, turut hadir YDP Isma Shah Alam, Ustaz Muhammad Rizal bin Sabran bersama YDP Isma Subang Jaya Tn Hj Azman bin Bakri.

Menurut Pengarah Program KLS S&S 2018 Ustaz Fahmi Bazlan Bin Muda, Karnival kali ini berlansung dengan jayanya, ” Alhamdulillah kali ini Karnival Lepasan Sekolah berjalan dengan baik, saya dibantu seramai 25 penggerak melalui gabungan KRIM Shah Alam dan KRIM Subang jaya dan seramai 20 orang sukarelawan dari PEMBINA , PEMUDA ISMA dan Biro Luar Negara Isma, mereka dengan penuh komited memberikan kerjasama yang sangat baik baik dalam merancang dan melaksanakan tugasan masing-masing”.

Menurut beliau pada kali ini KLS 2018 Shah Alam & Subang Jaya membawa kelainan dengan mengadakan kerjasama strategik dengan Masjid Al-Falah Usj 9 melalui Biro Pemuda yang telah memberikan ruang menggunakan fasiliti Dewan Seminar yang cukup indah dan kondusif. Pihak masjid juga menyalurkan sumbangan makanan kepada semua yang terlibat kira-kira 160 orang yang hadir mewakili Jawatankuasa, sukarelawan dan peserta.

Menurutnya lagi “Kita turut mendapat sokongan agensi luar yang sudi bertandang ke KLS kami, jutaan terima kasih kepada wakil KUIS, Giat Mara, Kolej WIT, Tarbiyyah Sentap dan beberapa gerai jualan yang turut serta memeriahkan karnival pada kali ini.

Secara kesuruhan Program KLS 2018 bagi Cawangan Shah Alam dan Subang Jaya berlansung dengan cemerlang, berikutan Kehadiran Ikon-ikon remaja dari pihak Tarbiyyah Sentap, turut menceriakan karnival kali ini mempersembahkan Kumpulan Nasyid Rabithah, perkongsian melalui sesi Motivasi oleh Dr Azlan Wildan, Forum, TED talk peserta rata-rata berpuas hati dengan perkongsian yang disampaikan. Perjalanan program lebih bersemangat dan teratur dengan dikendalikan oleh saudara Azaim dari awal sehingga tamat Program.

Saya selaku Pengarah Program KLS 2018 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.”

Kelab Remaja Isma Krim Shah Alam & Subang Jaya yakin kesemua peserta telah memperolehi banyak info-info menarik dan pengajaran dari perkongsian yang disampaikan.

Semoga adik-adik lepasan SPM 2017 juga Peserta KLS 2018 berjaya di masa hadapan.
Jangan lupa sertai kami di KRIM, Pembina, Pemuda Isma dan Biro Luar Negara BLN ISMA.
See you di IPT!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *