Mai’dah Ramadhan bersama Bait Al-Mawaddah

SHAH ALAM, 17 Jun 2017 – Buat julung-julung kalinya Wanita Isma Shah Alam dengan kerjasama muslimat Masjid Al-Ikhlas telah berjaya menganjurkn program bakul ramadhan pada pagi tadi. “Mai’dah Ramadhan” kali ini mensasarkan sumbangan di samping ziarah mahabbah ke atas warga emas di Bait Al-Mawaddah, Seksyen 30, Shah Alam.

Seramai 39 orang warga emas telah menerima 20 bakul kasih sayang ramadhan berupa bekalan makanan asas, peralatan mandian, dan barangan solat. Selain itu, mereka juga turut menerima sumbangan wang hasil derma daripada orang ramai.

Upacara penyerahan sumbangan ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran YDP Isma Shah Alam , Ustaz Mohammad Rizal bin Sabran merangkap Pengurus Masjid Al-Ikhlas Seksyen 13 Shah Alam. Penghuni Bait Al-Mawaddah turut disajikan dengan sedikit pengisian mengenai “Indahnya Ramadhan Dirai Bersama”, disampaikan oleh Ustazah Faten Kamaluddin.

Menurut Pengurus Bait Al-Mawaddah, En. Izzat menyatakan bahawa pihak mereka sangat berbesar hati dengan kunjungan ziarah mahabbah ini dan berhasrat agar dapat menjalinkan kerjasama di masa akan datang melalui program-program yang bakal dianjurkan oleh pihak Isma.

Wanita Isma Shah Alam ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang sempena Mai’dah Ramadhan bagi tahun 1438H dan mengharapkan usaha ini berterusan hingga ke tahun berikutnya.

BACA : Projek Bakul Ramadhan

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *