Majlis Iftor Isma Shah Alam pengerat ukhuwwah sesama ahli

Oleh Ammar bin Ahmad Raji

SHAH ALAM, 27 Jun – “Jadikan pertemuan seumpama ini sebagai medan untuk para ahli Isma meningkatkan kasih sayang sesama kita.” Begitulah seruan Tuan YDP Isma Shah Alam, Ustaz Mohamad Rizal bin Sabran ketika menyampaikan tazkirah dalam Majlis Iftor Jamaie anjuran Isma Shah Alam.

Beliau turut berpesan agar para ikhwah dan akhawat memastikan Ramadan kali ini adalah lebih baik berbanding yang lalu. Ustaz Rizal juga berpesan supaya segala persiapan untuk perayaan Aidilfitri dibuat awal dan tidak menganggu fasa 10 malam terakhir Ramadan yang sepatutnya dipenuhkan dengan amal soleh dan iktikaf di masjid.

“Sesungguhnya ganjaran pahala iktikaf dan mendapat Lailatul Qadr itu amat rugi untuk kita persiakan,” kata beliau.

Dalam majlis itu juga diadakan solat terawih secara berjemaah yang diimamkan oleh imam jemputan dari Masjid Al-Ikhlas Seksyen 13 dan imam dari Yaman. Majlis itu telah dihadiri lebih dari 150 orang ahli Isma Shah Alam yang berlangsung di Sekolah Rendah Hira’ Shah Alam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *