Minda lebih terbuka lepas Kembara Shah Alam

SHAH ALAM, 9 Sep – “Minda saya kini lebih terbuka dan kreatif untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan,” kata Nazzimi, pelajar tahun pertama UiTM Shah Alam ketika ditemu bual selepas program Kembara Shah Alam anjuran Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Shah Alam pagi tadi.

Menurut beliau, mahasiswa perlu mempunyai kreativiti dalam menyelesaikan sesuatu perkara sebagai contoh mengurus waktu belajar.

Bagi Hazim, pelajar tahun pertama UiTM Shah Alam pula, program ini sangat bermanfaat kerana memberinya peluang untuk berkenalan dengan pelajar baharu yang lain.

“Program sebegini menyediakan peluang untuk saya mengenali dengabn lebih rapat pelajar baharu yang lain di samping berjalan ke tempat-tempat menarik di Shah Alam,” ujar Hazim.

, , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *