NAZIM Shah Alam Johan Acara Hafazan dan Bercerita

Oleh : Nor Fadhilah bt. Bachok

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Keazaman dan usaha yang berterusan anak-anak Kelab Anak Hebat Malaysia (NAZIM) Shah Alam mengadakan latihan intensif hampir setiap minggu membuahkan hasil. Mereka berjaya merangkul naib johan sempena Festival NAZIM Zon Tengah 2018.

Peserta dari NAZIM Shah Alam dinobatkan sebagai Johan bagi acara Hafazan kategori Lelaki (adik Luqman) dan Bercerita kategori Perempuan (adik Mawaddah). Manakala bagi acara Hafazan kategori Perempuan, wakil NAZIM Shah Alam menyandang Naib Johan (adik Amna Syuhada). Bagi kumpulan nasyid dan pidato, para peserta berjaya memenangi tempat ketiga.

Para peserta yang bertanding bagi Festival NAZIM Zon Tengah terdiri daripada adik-adik NAZIM Gombak, Kuala Lumpur, Klang, Subang Jaya dan Shah Alam.

Dengan penyertaan anak-anak bagi setiap acara yang dipertandingkan, bakat terpendam mereka dapat digilap  sekali gus meningkatkan keyakinan diri mereka untuk berhadapan dengan orang ramai pada masa hadapan.

Majlis Perasmian Penutup telah berlangsung dengan lancar di Dewan Utama, SK Batu Muda dan disempurnakan oleh Puan Zaharah Johari, Ketua NAZIM Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Festival NAZIM diadakan di seluruh Malaysia mengikut zon masing-masing sebagai wadah untuk mendidik dan melahirkan generasi yang berani kehadapan serta tampil hebat mengikut acuan Islam.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *