OASIS lahir pemimpin hebat

SHAH ALAM, 9 Sep – Bengkel Pengurusan Organisasi Sistematik (OASIS) membina pemimpin yang mampu menempuh cabaran dunia pada hari ini.

Jawatankuasa OASIS, Nur Farihah Meor Mazli berkata program ini dirangka untuk melatih ahli jawatankuasa Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) IPT sekitar Shah Alam  menjadi pemimpin yang mampu menangkis kebobrokan yang berlaku dalam masyarakat khususnya golongan mahasiswa.

“Mahasiswa perlukan aktiviti yang bermanfaat dan boleh meningkatkan jati diri dan PEMBINA boleh memberikan mereka program-program yang diperlukan,” ujar beliau.

“PEMBINA mengimpikan pemuda-pemudi lebih-lebih lagi mahasiswa di negara ini kembali sedar akan peranan mereka sebagai bagai bakal pemimpin,” tambah beliau lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *