PEMBINA UiTM gilap kemahiran organisasi

SHAH ALAM, 9 Sep – “Program ini membuka mata saya dalam cara berorganisasi,” kata Nur Ummi Munirah.

Beliau turut menambah bahawa beliau dapat mengenali seseorang tersebut dengan lebih lanjut dalam satu aktiviti perkongsian dalam suka duka penghijrahan seseorang individu.

Pendapat yang sama turut dinyatakan oleh Farah Syamimi.

“Aktiviti ini memberi peluang dan ruang kepada saya untuk berkenalan dengan lebih rapat lagi dengan ahli PEMBINA UiTM,” kata beliau yang merupakan ahli jawatankuasa PEMBINA UiTM.

Menurut beliau, di samping dapat berkenalan dengan ahli PEMBINA, program ini turut mendidiknya untuk melihat sesuatu dari sudut pandangan yang berbeza dan berharap program sebegini akan diadakan lagi pada masa akan datang.

Program yang diadakan bertujuan memperkasa ahli jawatankuasa PEMBINA UiTM dan melahirkan pemimpin berketerampilan dan berwibawa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *