PEMBINA UiTM Shah Alam Bolot 3 Anugerah Terbaik

SHAH ALAM, 19 Jan – Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam membolot tiga Anugerah Tanzim Mahasiswa Terbaik sempena Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan (MATC) Shah Alam kali ke-2 anjuran Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Shah Alam.

Saudara Abdul Hilmi B Sarnudin , Presiden PEMBINA UiTM Shah Alam menerima Anugerah Belia Cemerlang, manakala Saudari Nur Nazura Bt Salim, Naib Presiden PEMBINA UiTM Shah Alam menerima Anugerah Beliawanis Cemerlang PEMBINA Shah Alam .

Di samping itu juga, Anugerah Khas telah diraih oleh Saudari Khairunnisa Bt Mazlan atas Khidmat Cemerlang beliau sepanjang menjawat jawatan Ketua Beliawanis PEMBINA Shah Alam sepanjang tahun 2013.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Saudara Ibrahim B Mohd Hasan, Presiden PEMBINA. Turut hadir Tuan Haji Dollah Sani Bin Suratman, Yang Dipertua (YDP) Ikatan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Shah Alam dan Puan Rohimah Khoiriah Bt Mohd Arifin Harahap, Penasihat PEMBINA UiTM Shah Alam.

Agenda mesyuarat berlangsung dengan lancar dengan sesi pembentangan laporan aktiviti PEMBINA sepanjang tahun 2013, pembentangan laporan kewangan bagi tahun 2013 serta pembubaran jawatankuasa PEMBINA 2013. Satu jawatankuasa baru telah dilantik bagi sesi 2014 dan diketuai oleh Saudara Ammar B Ahmad Raji.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *