Perasmian pejabat ISMA Shah Alam & Klang meriah

SHAH ALAM, 8 Ogos – Majlis perasmian pejabat ISMA Cawangan Shah Alam & Klang (SAK) berlangsung meriah dengan kehadiran Ketua Sekretariat Dakwah & Sosial ISMA Pusat, Ustaz Mohamad b. Ismail di HICOM Town Centre, Seksyen 27.

Menurut Ustaz Mohamad b. Ismail yang merasmikan pejabat tersebut di sini berkata, kewujudan ruang kerja dan pejabat yang selesa penting kerana amal dakwah dan tarbiyyah ahli ISMA di Shah Alam dan Klang adalah di sini.

Menurut beliau lagi, pejabat ini menjadi medan utama untuk bersama masyarakat di samping berinteraksi dan membawa mereka mengenali risalah yang diperjuangkan dengan lebih dekat.

Majlis turut diserikan dengan persembahan nasyid oleh Sohwah dari Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) dan diakhiri dengan jamuan ringan.

Sumber : Ismaweb | Perasmian pejabat ISMA Shah Alam & Klang meriah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *