Perutusan Sempena PRU 14

Assalamualaikum Warahmatullah,

Buat semua teman, rakan dan rakyat Malaysia. Hari mengundi semakin tiba. Tanggungjawab memilih pemimpin yang terbaik berada di tangan kita. Sesungguhnya tangan-tangan ini akan ditanya di akhirat atas keputusan yang dibuat.

Pilihan kita bukan hanya untuk kepentingan hidup dunia semata, bahkan lebih dari itu iaitu urusan menegakkan hukum Allah di tanah air tercinta ini.

Oleh itu, ayuh memilih calon yang benar-benar berwibawa yang mengangkat agenda Islam, memperjuangkan agenda bumiputera, berintegriti dan bebas daripada agenda asing.

SELAMAT MENGUNDI DAN SELAMAT DUNIA AKHIRAT.

Oleh,
Ustaz Mohd Rizal bin Sabran
YDP ISMA SHAH ALAM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *