Pineapple FT ungguli KASRIM 2019

SHAH ALAM, 13 April, Sabtu – Disiplin pemain yang tinggi telah menobatkan Pineapple FT sebagai johan futsal Karnival Sukan Remaja Muslim atau di kenali sebagai KASRIM bagi zon Shah Alam yang berlangsung di Sportizza Sports Shah Alam Seksyen 16.

Pineapple FT mengalahkan pasukan Ixora dalam perlawanan akhir dengan jaringan 5-2 dalam satu aksi sengit dan mendebarkan. Tempat ketiga di menangi oleh pasukan Hanabi FT yang menumpaskan Barokah FT dalam perlawanan klasifikasi 3 dan 4.

“Selain mempromosikan budaya baik seperti larangan merokok semasa perlawanan dan kewajipan menutup aurat, pemain yang menyertai kejohanan ini turut di dedahkan dengan peraturan futsal yang betul oleh para pengadil bertauliah yang bertugas pada karnival tersebut,” ujar En Amirul pengarah kejohanan.

Sementara itu, saudara Ammar, yang mengemudi Pineapple FT berkata semangat berpasukan adalah tinggi pada hari ini. “Momentum dan disiplin pertahanan sangat baik hari ini, itu sebab kami berjaya mengikat lawan dan berjaya mencuri peluang gol”, kata beliau sebaik ditemubual selepas perlawanan final.

About Kelab Remaja Isma

View all posts by Kelab Remaja Isma →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *