Remaja ada peranan dalam negara

SHAH ALAM, 31 Ogos – “Negara ini ada hak ke atas kita sebagai warganegara,” kata Encik Mohd Farhan Abdul Latif sewaktu program Futsal Santai pagi tadi.

Beliau yang merupakan  pengarah Kelab Remaja Isma cawangan Shah Alam turut menegaskan bahawa setiap warganegara walaupun seorang remaja perlu memberi hak tersebut kepada negara.

“Hak kepada negara perlu kita berikan, walau sekecil membuat laporan tentang kerosakan harta benda awam seperti kerosakan lampu trafik mahupun longgokan sampah,” ujar Encik Mohd Farhan.

Di samping itu, menurut Encik Mohd Farhan, seorang remaja perlu merasa bangga dan izzah sebagai seorang warganegara lebih-lebih lagi warganegara kepada sebuah negara Islam.

“Kita perlu izzah dan bangga menjadi warganegara sebuah negara  lebih-lebih lagi negara kita ialah negara Islam dan kita pula ialah seorang muslim,” ujar beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *