Remaja perlu jadi contoh terbaik

SHAH ALAM, 31 Ogos – “Remaja perlu perlu menjadi model contoh yang baik kepada orang lain,” kata Encik Mohd Farhan Abdul Latif sewaktu program Futsal Santai pagi tadi.

Tambah beliau, remaja muslim terutamanya perlu menunjukkan contoh yang baik kerana kita ialah duta kepada Islam.

“Sebagai seorang remaja muslim, kita ialah duta kepada agama kita iaitu Islam, maka kita perlu menunjukkan contoh yang baik di samping peka kepada perkara yang berlaku di sekeliling kita,” tegas Encik Mohd Farhan.

Menurut beliau, remaja perlu tahu dan sedar tentang perkara yang berlaku di sekitar mereka, termasuklah perkara yang boleh mengancam mereka dan generasi selepas mereka kerana itu merupakan ciri-ciri seorang muslim yang baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *