Rohani jasmani sama penting

SHAH ALAM, 24 Ogos – “Wanita Isma juga menitik beratkan program menjurus kepada kekuatan fizikal,” kata Ustazah Wirdaningsih Ahmad sewaktu ucapan penutupan Kejohanan Bola Jaring Wanita Isma.

Tambah beliau lagi, program-program sebegini amat penting untuk pejagaan kesihatan wanita di samping perlunya program-program bersifat kerohanian.

Menurut wakil pasukan Khansa’, program sukan seperti ini perlu diadakan lebih kerap lagi.

“Program seperti ini perlu diadakan  lebih kerap lagi bagi merapatkan ukhuwah sesama NGO melalui perlawanan persahabatan seumpama ini,” ujar wakil dari pasukan Khansa’.

Kejohanan bola jaring ini telah diadakan di SMK Seksyen 11 Shah Alam dan disertai oleh seramai 14 pasukan terdiri daripada pelbagai NGO Wanita serta kelab bola jaring sekitar Lembah Klang.

Kejohanan yang berlangsung selama 7 jam ini berakhir pada jam 3 petang dengan keputusan, tempat pertama disandang oleh pasukan DS, tempat kedua dari pasukan Rugged dan tempat ketiga dari pasukan Jasmine.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *