Rumah terbuka peluang beramah mesra

SHAH ALAM, 22 Jun – “Jadikan rumah terbuka sebagai peluang untuk beramah mesra bukan sekadar memenuhi undangan,” kata Encik Nuzhardinata Nuzbar sewaktu jamuan hari raya anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Shah Alam tadi.

Menurut beliau, dengan beramah mesra, kita akan saling kenal mengenali sekaligus mengeratkan tautan ukhuwah antara satu sama lain.

Encik Nuzhardinata yang juga merupakan Yang Dipertua ISMA cawangan Shah Alam turut berterima kasih dengan kolaborasi yang telah berjalan sebelum ini dan berharap kerjasama yang terjalin sebelum ini dapat diteruskan.

Di samping itu, beliau juga mengajak ummat Islam untuk bersatu dan bersepakat dalam hal berkenaan Islam dan bangsa Melayu.

“Kita perlulah bersatu dan bersama memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu untuk survival ummah yang kini semakin lemah dan kian tergugat,” seru beliau pada jamuan hari raya tersebut.

Jamuan hari raya anjuran ISMA Shah Alam yang telah diadakan di Dewan RUANG MBSA Seksyen 13 Shah Alam.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah wakil dari BERJASA, UMNO Kota Raja, PAS Kota Raja, HALUAN, PERNITA, HELWA MAI13, WANITAISMA cawangan Gombak, Surau Islah, Surau Annur, Surau Nuruddin, Surau Munawarah, Surau Perdana, Taska I Aulad, Tun Teja dan Yayasan Ikhlas.

About Kelab Remaja Isma

View all posts by Kelab Remaja Isma →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *