Sakinah Mawaddah wa Rahmah

Oleh,
Aliyatul Farida bt. Abu Bashri
Media Wanita ISMA Shah Alam

SHAH ALAM, 7 Feb – “Perkahwinan adalah untuk melahirkan keluarga sakinah mawaddah wa rahmah,” tegas Ketua Wanita ISMA Shah Alam, Ustazah Wirdaningsih Ahmad dalam program ‘Kerana Aku Isteri Dia’ anjuran Wanita ISMA Shah Alam pagi tadi.

Beliau mengatakan bahawa seorang isteri perlu memiliki KPI tersendiri supaya ikatan kekeluargaan itu kian utuh malah dapat merasa ikatan dengan Allah SWT dan juga alam.

Di dalam slot yang sama, Pn. Hashimah Salleh selaku JK Sumber Manusia Wanita ISMA Shah Alam menegaskan agar aktivis wanita ISMA terus berdakwah kerana dakwah adalah jihad.

“Apa yang kita mahukan adalah semua ahli keluarga dapat berpimpin tangan dan menjadi penghuni jannatul firdausi,” ujar beliau lagi.

Program yang berlangsung di Pejabat ISMA Shah Alam ini khusus buat ahli wanita ISMA, disajikan dengan pelbagai tips dan perkongsian yang berguna dalam hal menguruskan rumahtangga di samping mengencarkan lagi perjalanan dakwah.

‘Kerana Aku Isteri Dia’ dihadiri oleh sebilangan besar ahli wanita ISMA yang sudah berumahtangga dan merupakan program berkala anjuran Wanita ISMA yang turut diadakan di cawangan-cawangan lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *