Selangor tekad rebut kejuaraan Piala Presiden Isma

BANGI, 14 Febuari – Kelab Bola Sepak Ikatan Muslimin Malaysia Selangor (ISFC) komited untuk bergelar juara sulung dalam perlawanan Bola Sepak Piala Presiden Isma, Mac ini. Pengurus pasukan ISFC, Bilal Jailani berkata bilangan calon pemain yang ramai di negeri itu merupakan kelebihan utama mereka dalam memilih pemain yang terbaik.

“Walaupun pendaftaran pemain telah ditutup pada 6 Februari yang lepas, pihak kami masih menerima banyak panggilan untuk menyertai sesi pemilihan pasukan ISFC namun kami terpaksa mengehadkan kepada hanya 120 orang sahaja bagi scout profiling.

“Sehingga hari ini, seramai 75 orang hadir untuk sesi pemilihan yang mana kita akan pilih yang terbaik bagi mewakili team Selangor,” katanya ketika dihubungi Ismaweb, hari ini. Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya meletakkan beberapa syarat utama kepada setiap calon yang ingin menyertai pasukan tersebut.

“Pemain mesti pernah mewakili daerah ataupun negeri dalam pertandingan bola sepak. Dan sekarang kita ada 10 orang pemain yang pernah mewakili Selangor,” katanya. Katanya, buat masa ini beliau belum dapat meletakkan di mana kekuatan pasukannya itu sehingga selesai menyenarai pendek calon yang layak dan membentuk pasukan.

“Namun, apa yang saya boleh katakan, kita mempunyai ‘keeper’ yang terbaik. Dan saya kira itu juga antara kekuatan team kita.

“Selain itu, kita juga ada jurulatih yang berpengalaman di mana beliau merupakan pembantu jurulatih Terengganu di Liga Super,” katanya. Walaupun mengakui Perak dan Johor sebagai saingan terdekat namun katanya apa yang penting adalah ke semua pasukan dapat memberi saingan yang hebat.

“Apa yang penting perlawanan nanti dapat dilihat sampai ‘prestige’ atau canggih.

“Dan kita memang daripada awal dah isytihar akan menjadi juara sulung dalam Piala Presiden ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *