Tea Talk for Ladies

SHAH ALAM, 11 FEBRUARI – Wanita Isma Shah Alam buat julung kalinya telah berjaya mengadakan satu program sembang santai dengan tajuk “Duhai Wanita, Tersenyumlah”. Perkongsian rohani kali ini telah disampaikan oleh Puann Hashimah Salleh ,Ahli Lembaga Pengarah Aman Palestin.

Pengisian yang mengambil masa setengah jam itu lebih menekankan kepada bagaimana pengurusan emosi yang baik bagi seseorang wanita. Wanita masa kini yang berperanan penting dalam setiap institusi tidak lari dari menghadapi segala cabaran dan ujian hidup hingga menganggu emosi seseorang wanita itu. ”Allah hadirkan ujian dan cabaran bukan sebagai bebanan tetapi satu laluan buat diri kita untuk mendekatkan lagi kepada-Nya,” nasihat Puan Hashimah.

Tambahan lagi beliau turut berkongsi tip bahasa kasih sayang yang mana jika dipraktikkan dapat menjaga hubungan yang baik sesama manusia lantas memperoleh kemuliaan daripada Allah.

Program sembang santai ini telah dihadiri oleh para muslimah di sekitar Shah Alam malah turut menarik para pengunjung yang beriadah di sekitar Taman Tasik Seksyen 14 Shah Alam ini. Wanita Isma Shah Alam ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini. Diharapkan pengisian kali ini mampu membuka minda para wanita di luar sana untuk tidak terlalu mengikut emosi tetapi berusaha memperhebatkan diri untuk mendapatkan syurga-Nya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *