TPI Hunters musnahkan harapan Kijang PAKP

SHAH ALAM, 7 April, Ahad –Eleven Ace mengukuhkan kedudukan pendahulu liga dengan kemenangan tipis melawan KB ISMA Shah Alam. Eleven mendapatkan gol awal pada separuh masa pertama dihasilkan oleh Faizul.

ISMA menguasai perlawanan pada separuh masa kedua tetapi tiada jaringan yang dapat dihasilkan. Jaringan tunggal Eleven kekal sehingga wisel penamat. Keputusan berpihak kepada Eleven 1-0.

Manakala perlawanan antara Kijang PAKP dan TPI Hunterz berlangsung agak sengit. TPI Berjaya memperolehi gol awal hasil dari pergerakan serangan balas. Kemudian TPI sekali lagi menghasilkan gol akibat kealpaan pertahanan Kijang.

Kijang mula menyusun atur serangan di separuh masa pertama dan berjaya mengahasilkan gol oleh Kamal Iswadi. Tetapi TPI sekali lagi memperolehi gol di saat akhir dengan serangan balas. Gol dijaringkan oleh Ruben.

Kemenangan berpihak kepada TPI dengan keputusan 3-1. Kijang terpaksa akur dengan kekalahan dan ketinggalan 6 mata dengan pendahulu liga, Eleven Ace.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *