Tradisi Membentuk Jatidiri

SHAH ALAM 21 Jul. – “Tradisi Membentuk Jatidiri” merupakan tema yang dipilih untuk Karnival Sukan NAZIM kali ini.

60 orang peserta adalah terdiri daripada anak-anak penduduk Taman Impian Sutera, Berjaya Park dan ahli Kelab NAZIM Shah Alam.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Impian Sutera, Encik Fauzul Hakim Jamali berkata, program sukan rakyat dapat mengimbau kembali memori kita pada zaman kanak-kanak.

Program dimulakan dengan acara galah panjang kategori lelaki dan perempuan dijalankan serentak di dua gelanggang yang berbeza.

Seterusnya, acara baling selipar dimainkan secara berkumpulan dan batu seremban dimainkan secara individu.

“Diharapkan karnival sukan ini dapat mengeratkan silaturrahim dan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang,” kata YM Raja Kamil selaku Ketua Nazim Shah Alam memberi ucapan di majlis penutup semalam.

“Terima kasih diucapkan kepada penduduk Taman Impian Sutera, Berjaya Park serta ibubapa NAZIM yang sentiasa menyokong dan turut menjayakan Karnival Sukan NAZIM hari ini,” katanya lagi.

Program seumpama ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada generasi kini dan mendapat kembali tempat dihati masyarakat yang semakin dilupakan kerana berlakunya perkembangan pesat teknologi gajet dan pertambahan aplikasi permainan di alam maya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *